Thursday, July 15, 2010

Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai 16 julai 2010

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.



Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.


"Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.

Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

[ Buletin dipetik dari Berita Harian Online ]

arinni aku nak berkongsi tentang kenaikan semua perkara yang diatas.....tiada lagi kesesakan di pam2 minyak sebab minyak naik 5 sen jer.......(aper la sangat 5 sen tu kan??) huhuhuh tapi pernah anda terpikir kalo kenaikan ni berterusan selama 10 tahun adakah nilai die x samer dengan harga minyak yang bekas perdana menteri kita naikkan dulu??? so kesimpulan yang dapat dibuat kat sini adalah ia tetap 1 kenaikan harga dan kita tidak boleh mengelakkan perkara ni dari berlaku..... harga minyak naik harga makanan dah tentu naik kan??/ so harap2 gaji pon naik.... bukan pada yang dah gaji 4k atau 3k tapi pada buruh2 yang berhempas pulas dengan tulang 4 kerat mereka untuk mencari sesuap nasi... harap perkara ni dipertimbangkan.... mungkin ada yang berpikir "saper suruh xnak belaja tinggi2 kan?" tapi kepada orang yang berpikiran macam tu...aku nak sound sikit kalo xd orang yang macam ni saper nak wat keje angkat sampah... sapu sampah wat bangunan and keje2 yang memenatkan.. betol x?? orang yang berpendidikan tingi2 ker?? yang ada degree master and PHD??? so harap ada pihak yang mengambil berat tentang perkara ni

No comments:

Post a Comment