Wednesday, July 28, 2010

Helliesse Shisha!!!!


assalamualaikum.... kepada pembaca blog aku... ha ni nak promote ni..... saper kengkawan aku yang rapat mesti dah tau aku bukak shisha kan so aku sajer jer nak post satu promotion tok readers aku.... HELLIESSE SHISHA!!! nama kedai yang aku jaga...

Wednesday, July 21, 2010

Sepetang Bersama Rakan-Rakan




20/07/2010 taman botani:
kepumlan rakan2 telah melakukan satu aktiviti riadah bersama2.... huhuhuh macam berita lak.... hahahah lama dah x update blog.... huhuhuhuh petang semalam aku ngan kengkawan aku fizi, hasif, rosli, faiz madi dan aizat telah mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti memancing.... lokasi pilihan adalah tasik botani di seri medan batu pahat... kami memulakan perjalanan pada pukul 3.30 petang... dengan berbekal kan umpan udang, anak ikan, cengkerik( madi x suker sebab bau busuk katanyer.... aper punyer pemamcing la madi nih... hahaha) dengan berbekalkan 4 batnag joran dan beberapa joran tambahan yang telah dibuat disana kami mendapat hasil yang agak memuaskan bagi pemancing amatur macam kami ni... kat sini aku merakam aktiviti disana










Thursday, July 15, 2010

Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai 16 julai 2010

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.



Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.


"Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.

Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

[ Buletin dipetik dari Berita Harian Online ]

arinni aku nak berkongsi tentang kenaikan semua perkara yang diatas.....tiada lagi kesesakan di pam2 minyak sebab minyak naik 5 sen jer.......(aper la sangat 5 sen tu kan??) huhuhuh tapi pernah anda terpikir kalo kenaikan ni berterusan selama 10 tahun adakah nilai die x samer dengan harga minyak yang bekas perdana menteri kita naikkan dulu??? so kesimpulan yang dapat dibuat kat sini adalah ia tetap 1 kenaikan harga dan kita tidak boleh mengelakkan perkara ni dari berlaku..... harga minyak naik harga makanan dah tentu naik kan??/ so harap2 gaji pon naik.... bukan pada yang dah gaji 4k atau 3k tapi pada buruh2 yang berhempas pulas dengan tulang 4 kerat mereka untuk mencari sesuap nasi... harap perkara ni dipertimbangkan.... mungkin ada yang berpikir "saper suruh xnak belaja tinggi2 kan?" tapi kepada orang yang berpikiran macam tu...aku nak sound sikit kalo xd orang yang macam ni saper nak wat keje angkat sampah... sapu sampah wat bangunan and keje2 yang memenatkan.. betol x?? orang yang berpendidikan tingi2 ker?? yang ada degree master and PHD??? so harap ada pihak yang mengambil berat tentang perkara ni

Monday, July 12, 2010

new from me


assalamualaikum..... kepada semua pembaca blog aku..... aku x mengimpikan sebuah blog yang ramai peminat..... huhuh kalo ramai followers pon ok aper maner tau kita leh berkongsi pandangan dan masalah.... nama blog ni pon cerita kedai kopi kan.... so aper2 comment atau sebarang perkongsian adalah amat2 dialu-alukan..... huhuhuh kedai kopi, warung restoran mamak restoran thai... masing2 mempunyai cerita dan peristiwa yang tersendiri tapi bukan sejarah kedai ok..... orang ramai yang berkunjung ke kedai tersebut... membawa berbagai-bagai cerita yang ingin dikongsi dengan rakan2 malah mungkin dikongsi oleh orang sebelah... table hujung... (huhuhh tu berbual yang jenis borak macam member2 berbatu batu duduk.... padahal kat sebelah... xpon orang sekeliling pasang telinga... and paling tepat busy body.....) huhuh ok lah ni adalah permulaan..... mungkin esok atau lusa ada lagi benda yang aku akan post... semoga blong ini akan menambah pengetahuan dan juga dapat menhiburkan pembaca semua... thanks to all chow !!!!!!